Pages

Monday 19 November 2012

Contoh Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh : 30 Januari
Hari :Isnin
Mata Pelajaran: Matematik
Kelas : Tahun 2 Usaha
Bidang :Nombor dan operasi
Tajuk : Tambah
Standard Kandungan : 2.3 Menyelesaikan masalah tambah
Standard Pembelajaran : Murid berupaya menyelesaikan masalah harian yang melibatkan penambahan
                                      dua nombor
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran , murid dapat:
- menulis ayat matematik berdasarkan soalan penyelesaian masalah,
- menyelesaikan 3 daripada 5 soalan penyelesaian masalah dengan betul.

Aktiviti Persediaan : 
1) Murid menyanyikan lagu "Buku Saya" dengan bimbingan guru.
Buku ayah, buku ayah, 
buku ayah ada dua,
Buku ibu, buku ibu, 
Buku ibu ada lima,
Mari tambah, mari tambah,
Mari tambah, buku itu,
Ada tujuh, ada tujuh,
Ada tujuh, semuanya
(nada : Lagu Bangun Pagi)
 
2) Guru bersoal jawab dengan murid.
    - Berapakah buah buku yang diberi oleh ayah?
    - Berapakah buah buku yang diberi oleh ibu?
    - Berapakh jumlah buku yang ada?

Aktiviti Imaginasi :
3) Murid menjalankan lakonan secara kumpulan berdasarkan kad arahan.
- Ada 100 keping kertas berwarna biru di atas meja. 20 keping kertas berwarna merah telah diletakkan di atas meja yang sama. Jumlah kertas di atas meja ialah ____________ keping.

Aktiviti Perkembangan :
5) Murid membaca soalan di papan tulis.
6) Guru bimbing murid menyelesaikan masalah dengan betul (berdasarkan Model Polya)

Aktiviti Tindakan Dan Pelaksanaan :
7) Murid menjawab soalan penyelesaian masalah secara kumpulan.

Aktiviti Pentaksiran
8) Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja.

Refleksi :



No comments:

Post a Comment