Pages

Saturday 8 December 2012

Mengenal Perpuluhan 2

Perpuluhan berdasarkan gambar.

Mengenal Perpuluhan 1

Proses Pembentukan Perpuluhan.





Lembaran Kerja 2 (Tolak)

Contoh Soalan Penyelesaian Masalah 2



  1. Perry telah mengumpul 34 keping setem. Zikry pula mengumpul 100 keping setem lebih daripada Zikry. Berapakah jumlah setem yang telah dikumpul oleh mereka?
Ayat matematik :
Bentuk lazim :




Jawapan :............................................

  1. Di dalam sebuah botol mempunyai 562 biji guli merah, 211 biji guli biru dan 21 biji guli kuning. Berapakah jumlah guli yang terdapat di dalam botol tersebut?
Ayat matematik :
Bentuk lazim :




Jawapan :..................................................

Lembaran Kerja 1

Contoh soalan


Nama : ………………………………………………………….
Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan penambahan dua nombor. B4D1E1

Arahan : Selesaikan .
  1. Di dalam sebuah kotak terdapat 321 buah buku. Adik memasukkan 52 buah buku lagi ke dalam kotak tersebut. Berapakah jumlah buku yang terdapat di dalam kotak?
Ayat matematik :
Bentuk lazim :




Jawapan :.......................................................................
  1. Ibu telah menanam 267 kuntum bunga ros merah di taman. Ayah pula menanam 47 bunga ros kuning di taman. Berapakah jumlah bunga ros yang ada di taman?
Ayat matematik :
Bentuk lazim :




Jawapan :.......................................................................

Monday 19 November 2012

Teori Penyelesaian Masalah Polya

Murid-murid sering menghadapi masalah dalam memahami soalan berbentuk penyelesaian masalah. Tahukah anda, terdapat satu langkah penyelesaian masalah yang boleh digunakan dalam matematik. Teori penyelesaian ini telah diperkenalkan dan dipelopori oleh pakar matematik Hungari, George Polya yang dikenali sebagai Model Penyelesaian Masalah Polya atau Model Polya.

Terdapat empat langkah mudah yang boleh digunakan,

a) Memahami masalah
b) Merangka strategi 
c) Melaksana strategi
d) Menyemak jawapan semula

Contoh Penyelesaian Masalah Berdasarkan Model Polya :

Amin ada 250 biji guli. Ibunya memberikan 150 lagi biji guli kepada Amin. Berapakah jumlah guli yang ada pada Amin?

a) Memahami masalah

 Amin = 250 biji guli
Ibu Amin = 150 biji guli (beri pada Amin)

b) Merangka strategi

Guli Amin dan guli yang diberi oleh ibunya.
Mencari jumlah = operasi yang dipilih ialah "tambah"(+)

c) Melaksana strategi

Bina ayat matematik :
250 biji + 100 biji =__________ biji

Selesaikan pada bentuk lazim:

            2   5   0
         +   1   0   0
              3   5   0

d) Menyemak semula

- membuat kiraan semula,
- menyemak melalui penolakan. 

Oleh itu, kita bolehlah menggunakkan Model Polya untuk penyelesaian masalah.


Contoh Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh : 30 Januari
Hari :Isnin
Mata Pelajaran: Matematik
Kelas : Tahun 2 Usaha
Bidang :Nombor dan operasi
Tajuk : Tambah
Standard Kandungan : 2.3 Menyelesaikan masalah tambah
Standard Pembelajaran : Murid berupaya menyelesaikan masalah harian yang melibatkan penambahan
                                      dua nombor
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran , murid dapat:
- menulis ayat matematik berdasarkan soalan penyelesaian masalah,
- menyelesaikan 3 daripada 5 soalan penyelesaian masalah dengan betul.

Aktiviti Persediaan : 
1) Murid menyanyikan lagu "Buku Saya" dengan bimbingan guru.
Buku ayah, buku ayah, 
buku ayah ada dua,
Buku ibu, buku ibu, 
Buku ibu ada lima,
Mari tambah, mari tambah,
Mari tambah, buku itu,
Ada tujuh, ada tujuh,
Ada tujuh, semuanya
(nada : Lagu Bangun Pagi)
 
2) Guru bersoal jawab dengan murid.
    - Berapakah buah buku yang diberi oleh ayah?
    - Berapakah buah buku yang diberi oleh ibu?
    - Berapakh jumlah buku yang ada?

Aktiviti Imaginasi :
3) Murid menjalankan lakonan secara kumpulan berdasarkan kad arahan.
- Ada 100 keping kertas berwarna biru di atas meja. 20 keping kertas berwarna merah telah diletakkan di atas meja yang sama. Jumlah kertas di atas meja ialah ____________ keping.

Aktiviti Perkembangan :
5) Murid membaca soalan di papan tulis.
6) Guru bimbing murid menyelesaikan masalah dengan betul (berdasarkan Model Polya)

Aktiviti Tindakan Dan Pelaksanaan :
7) Murid menjawab soalan penyelesaian masalah secara kumpulan.

Aktiviti Pentaksiran
8) Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja.

Refleksi :